Thursday, July 16, 2009

cInTA...


Setiap kedip mataku Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat ini
Banyak orang melihat
tetapi buta
Setiap tarikan napasku Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat ini
Banyak orang mencium
tetapi tidak mampu membau
Setiap suara yang kudengar Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat ini
Banyak orang mendengar
tetapi tuli
Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat ini
Banyak orang merasa
tetapi kebal
Setiap degub dan detak jantungku Ya Allah
Aku bersyukur atas nikmat ini
Banyak orang hidup
tetapi mati
Akhirnya Ya Allah
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku
Yang dapat membuatku buta
bebal.....
tuli... dan
mati....
Mmmphh...teringat aku pada cerita tayangan movie 'syurga cinta' yang aku tonton beberapa minggu yang lalu. Hari ini aku teringat kata-kata pelakon tua yang menjadi kepada atuk Heliza dalam cerita tuh dan ada logiknya setiap bait ayat2 dalam kata-kata tuh. Aku cukup tertarik dengan ayat-ayat skrip yang diungkapkan pelakon tersebut ketika dia cuba memberikan gambaran jelas kepada Awal Ashaari.
Cinta ada 3 jenis iaitu cinta kerana Allah, cinta kerana Jin dan cinta kerana syaitan.
Cinta kerana Allah apabila pasangan menemukan cintanya dan mengikat ijab kabul terus dan cinta itu diredhai Allah
Cinta kerana Jin apabila pasangan berkahwin disebabkan dengan bantuan jin yang menjadi khadam untuk mengikat cinta serta tali perkahwinan, dan
Cinta kerana Syaitan apabila pasangan melakukan hubungan di luar nikah dan kemudiannya bernikah.
Tetapi cinta yang akan kekal, berpanjangan dan diredhai hingga ke akhir hayat apabila cinta itu kerana Allah.
Jika dilihat dan difikirkan secara logiknya..semua itu adalah benar. Apa yang pasti aku masih berharap agar cinta aku adalah kerana Allah dan sentiasa di redhai. Semoga Allah memakbulkan permintaan aku agar menemukan cinta yang diredhai dan perjanjian antara aku dengan Allah seperti yang tertulis dalam buku yang ditetapkan oleh-Nya sejak azali..insyallah....