Tuesday, June 30, 2009

The Climb.....


I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
with no direction
My faith is shaking but
I Got to keep trying
Got to keep my head held high (chorus)
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking I may not know it
But these are the moments that I'm going to remember most yeah
Just got to keep going And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb Keep the faith
Keep your faith

honeyyyyyyyyyyyy


Welcome Honeyyyy.....mmuahhhhh!!!!!!
Khas untuk tatapan kak ina....hahhahaha......tk sabor2 nk tgkkn my honeyy.......hihii for you only kak ina......tgk lelama lepas tu meh dtg sini....tk pun weekdn mandi sauna sama2 dgn susu kambing + halia+ serai wangi + daun pandan + kulit kayu manis + limau purut+daun mengkudu = mmmphh wanginyeeeerrrrrrrrrrrrrr

Sunday, June 28, 2009

keheningan malam.........



Di keheningan malam,
Tafakur dikesyahduan,
Merindui janjiMu Tuhan,
Bantuan diperjuangan.
Kutitiskan air mata,
Taubat segala dosa,
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara Kau dan aku.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud pada kudratMu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Pada takdir iradatMu.
Pimpinlah daku dalam redhaMu,
Kasihi daku dalam rahmatMu,
Hanya padaMu aku mengadu,
Ya Allah Ya Tuhanku...

MuNAjaT sEoRAnG HAmBa


Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan
Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu Tuhan
hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan
Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Di PeRSimPAnGAn dIlEmA


Masa berlalu

Tanpaku menyedari

Percintaan yang kita bina

Hampir terlerai

Apa salahku

Kau buat ku begini

Dalam dilema

Di antara jalan derita

Tidak pernah ku duga

Ini semua terjadi oh.. oh…

Janganlah engkau

Menghancurkan segala

Setelah lama

Kita mengharungi bersama

Usah biarkan cinta kita yang suci

Di lambung ombak

Karam di lautan berduri

Hanya satu pintaku

Moga kau menginsafi oh.. oh…

Semua ini…

Telah banyak yang ku beri

Sejak dulu lagi

Pengorbanan tiada pernah jemu

Hanyalah Tuhan saja

Bisa menentukan semua

Kesabaran daku menantimu oh.. oh…

Ku tetap memaafkan

Dan berdoa kau kembali

Sebelum diri melangkah pergi…


lagu ni best sangattttt...dengar dalam rancangan Jangan Lupa Lirik.......kui kui....nyanyi plak dgn kak ipar plak tuh...hahahaha ntah apa-apa ntah melalak pepagi buta......umar pun duk terpusing-pusing tengah-tengah...

Thursday, June 25, 2009

Rindulah....


Rasa rindu lahh.......
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


Sayang Ayah

(magrib)
Ani sayang ayah sangat2...sangat-sangat sayang.....ayah paling terbaik untuk Ani....tak pernah ngeluh untuk Ani....satu-satu ayah Ani yang ada...bila Ani susah ayah sentiasa...bila Ani sedih ayah sentiasa ada....walaupun ayah ada hal lain yang lebih penting...tapi ayah tetap ada untuk Ani...ayah tak pernah tinggalkan Ani....ayah pendengar setia.... sentiasa beri semangat untuk Ani...sentiasa membuka ruang untuk Ani....Ani sayang ayah....


Beruntungnya kami ada bapa seperti ayah...

Monday, June 22, 2009

breadfruit.....yummy yummy

Sukun atau dalam English Breadfruit..buah roti..kakakakaka...adalah sejenis tumbuhan yang dipercayai berasala dari Polynesia. Buah sukun di Malaysia hanya terdapat 2 jenis iaitu yang berbiji dan yang tidak berbiji. Kebiasaannya, bahagian yang boleh dimakan adalah lebih kurang 68% dari berat asala buah sukun jika kulit empulurnya dibuang.
Buah sukun ni kebiasaannya pokok tinggi..kalau nk tunggu dia gugur ke tanah alamatnya kena tunggu lah sampai tupai gigit tk pun tunggu sampai kering. Paling sesuai sukun ni di petik bila dah kuar getah..mm masa tuh dah kira sedang2 elok jer sukun tu masak...sukun ni boleh dimakan dengan pelbagai cara. Samada secara di goreng begitu sahaja atau di buat cekodok sukun. Cekodok sukun ni akan sedap bila sukun dah benar-benar masak..masa tu baru lah boleh dilenyek lenyek untuk di buat ckodok....



MMmm nampk sedapkan...aku suka cekodok sukun..manis2 lemak n bertepung gandum..kekeke...sedapppp...slurpppp....

jom PICNIC!!!!!


pagi ahad, 21.06.2009 pepagi lagi dpt call dr kak ipar aku ajak pg picnic...actually bkn picnic sgt..tp nk bersarapan di tepi laut.....hihihi...dh lama tk mkn tepi laut..so apa lg...aku pun dgn tk mandi lagi tuh melompat naik kete dia dgn tuala n kain batik...kekeke....dah lama btl tk picnic..sejak tsunami....

kekekek umar...geli hati busu tgk umar...tu la org nk tangkap gmbr dgn ibu pandang tempat lain...hik hikhik hik kan ibu buat mcm tuh...hik hik dah mcm dwarf dah.....kekekek.....

mmm...dah guleng2 jom gi tepi pantai...ooo susur pantai dgn ayah umar yer...hikkhihiihi....tp kali ni aku tk mandilah..kang kalau mandi nnti budak kecik ni sure nk masuk....tp bila nak bawa dia ke gigi air tuh...ketawa aku dgr... 'umar akut naaa.....'..bila ombak hempas pantai jer dia ckp 'kejut umar' kejut umar'....hahahaha.....ketawa btl aku pg tuh...

so..jom kita balik rmh....dh puas main air....nk masukkn video ni main air tk dpt plak....busu cayang umar mcm buih air laut...hihihi....aipp...jgn baca blog busu ..utk 3 tahun ke atas jer...kekeke

Sunday, June 21, 2009

.....BBQ....

mmmm... seronok sgt2...Jumaat lepas 19.06.2009 , suma pensyarah JPP ada buat BBQ...mm seronok...sbb selalunya orang akan buat mkn ditempat mcm restoran ke cafe ke..atau makan dkt tempat yg dah sedia ada....buat mcm ni lagi best...hik hik hik...



Hai awek sukan cangkung...kekekek hihihi hai syida.....awk suka btl cangkung...hihihihi pose esklusif utk syidah..rajin btl awak...syidah tgh ketuk2 arang...hihihihi....aku je tangkap gmbr...ihhihi...awk tk marahkn syidah..kalau marah saya jual awak...hihihi.....

Ini saja makanan yang berjaya dikumpul dan akan menjadi pembakaran bahan api...uhukss...byk ni wei....larat ker nak makan nih......

operasi membakarrrrrrrrrrrr...............yea yea...i like cornsss.....hik hik slurppp

mmm...ni permintaan kaum adam..yang nk makan kambing.....isk iskisk.....kalau ada ikan kn best...slurpp....suka ikan...tk suka daging..... :(....cedihh....

hai kak mai....busy btl kak mai tgh buat air .....mmm sedap air kak mai buat....minum sampai kembung perut aku ni....dua gelas je sbb suma org dh habiskan minum...hiihihhi..

mm sebahagian makanan yang disap utk dimakannnnnnnnnn!!!!yum yum jagunggg jagung.

Jom makan korang.....sila sila...kekeke..aku letih tukang kipas...so tk de mood nk mkn ptg tu...lg satu hal memang diet pun...hik hik hik..lepas diaorg mkn....diaorg buka plak durian satu guni...uihh...mkn lagi...tp aku tk suka durian...so tgk je ler yer....awek cangkung tu pun suka mkndurian..bdn kecikkk jer..tp mkn durian senyapjer..tahu tahu dia tgh duk cangkung tepi guni...kekekek...nk bubuh gmbr dia..tp dia dh sound dah,....hik hikhik

lepas mkn kenyang2..byk lg makanan yg tk habis..so tapau la bawa balik rmh.....mmmhabis la wktu ptg jumaat yg indah ber BBQ di rumah kak mai....hihihi....seronok ptg tuh walaupun bau badan bau asap....

Thursday, June 18, 2009

Mari belajar menulis Journal!!!!

Pada 8 -10 hb. Jun 2009, aku telah menghadiri 'Kursus Pengurusan Dan Penulisan Jurnal Ilmiah' di Kolej ini. Pengalaman menghadiri bengkel tersebut amat bermakna buatku kerana dunia penulisan ilmiah ini merupakan cita-citaku sejak dulu lagi. Pada mulanya aku keberatan hendak berkongsi pengalaman dan kaedah-kaedah penulisan jurnal ilmiah ini, tetapi atas permintaan HP Scanner yang ingin mengetahui serba sedikit tentang pengalaman aku ini jadi dengan sukacitanya aku ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang aku ada ini. Untuk menghadiri kursus ini adalah sangat-sangat mahal dan aku sendiri mengakuinya. Ini adalah kerana setiap penceramah tersebut adalah bukan dari calang-calang orang. Semuanya adalah terdiri daripada Professor-Professor yang sangat-sangat berpengalaman dalam bidang ini. Supaya penulisan aku ini tidak meleret-leret, apakata kita mulakan sekarang.
Untuk pengetahuan rakan-rakan terutama HP yang asyik ngutuk-ngutuk aku...kehkehkeh..... sebenarnya untuk menulis Jurnal ini bukan satu perkara yang mudah. Penulisan ini memerlukan masa, tenaga,penyediaan mental dan yang paling penting wang. Penulisan Jurnal bukan seperti penulisan buku atau penulisan majalah dan surat khabar. Penulisan untuk bahan-bahan tersebut tidak memerlukan kajian yang terperinci. Ianya boleh ditulis berdasarkan idea yang terlintas atau pemerhatian biasa tanpa melakukan sebarang kajian. Terus terang aku katakan, penulisan Jurnal ini tidak membosankan malah apabila kita mendapat keputusan hasil kajian kita, kita akan dapat merasakan satu kepuasan. Penulisan tesis dan artikel boleh juga diadaptasikan kepada Jurnal tetapi beberapa perubahan hendaklah dilakukan.
Bagi menghasilkan Jurnal Ilmiah ini selain daripada melakukan kajian, hasil kandungan hendaklah asli tanpa adanya sebarang penampalan atau meniru daripada mana-mana artikel yang lain.
Apakah format Umum bagi menghasilkan Jurnal Ilmiah ini? Mari kita lihat :-
1) Tajuk
2) Nama Pengarang(nama kita lah)
3) Institusi/ Alamat
4) Pendahuluan
5) Bahan dan Kaedah
6) Dapatan Kajian
7) Perbincangan
8) Kesimpulan
9) Penghargaan
10) Senarai rujukan
TAJUK
Untuk tajuk bagi sesebuah Jurnal Ilmiah ini mestilah mempunyai kata kunci dan seharusnya cuba mengelakkan daripada menggunakan perumpamaan. Tajuk yang baik adalah menggunakan jumlah perkataan yang sedikit tetapi cukup untuk menjelaskan kandungan Jurnal tersebut. Tajuk Jurnal juga tidak boleh terlalu pendek hingga mengaburkan dan mengelirukan pembaca. Bukan itu sahaja, tajuk juga mestilah mempunyai ciri-ciri bersandar dan tidak bersandar supaya pembaca lebih memahami dan mempunyai idea kajian apakah yang sedang kita cuba kaji. Bagaimana dikatakan bersandar dan tidak bersandar?
Contoh
(1) (2)
Perlakuan Tidak Bermoral : Peruntukkan dan Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam Di Negeri Melaka.
(2) adalah ayat bersandar kepada (1). (1) ini merupakan ayat tidak bersandar maksudnya boleh berdiri sendiri.
ABSTRAK
Apakah itu Abstrak? Pentingkah abstrak dalam sesebuah penulisan Jurnal itu? Penulisan abstrak ini hendaklah peringkat terkahir sekali selepas selesai sesebuah kajian itu dan telah mendapat keputusan hasil dariapda kajian yang dilakukan tersebut. Abstrak ini sebenarnya menceritakan keseluruhan kajian yang dilakukan tersebut. Abstrak mestilah mengandungi:
1) Tujuan Kajian
2) Bahan dan Kaedah yang dilakukan
3) Dapatan Kajian
4) Kesimpulan
Contoh
Perlakuan tidak bermoral dalam kajian ini adalah merujuk kepada melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan, menghina atau menyebabkan di pandang hina dalam agama Islam samada secara lisan atau bertulis, mempersendakan agama Islam, mempersendakan ayat Quran, tidak menghormati bulan Ramdhan dengan makan, minum atau menghisap rokok, menghasut orang lain supaya mengabaikan tanggungjawab sebagai penganut agama Islam, berjudi, minum minuman yang memabukkan, lelaki berlagak seperti perempuan dan melakukan perbuatan yang tidak sopan dikhalayak ramai. (PEndahuluan untuk pengertian kelakuan tidak bermoral)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan kelakuan tidak bermoral serta mengkaji dan meneliti apakah terdapat peruntukkan yang telah wujud di Negeri Melaka dan adakah penguatkuasaan telah dilakukan selaras dengan peruntukkan yang ada (jika ada). (Tujuan kajian)
Kajian ini menggunakan berbagai metod pengumpulan data seperti temubual, penelitian rekod dairpada Jabatan Agama Islam setiap daerah Melaka bermula dari tahun 2005 hingga 2009, penelitian pembacaan dariadpa buku-buku berkaitan dan kes-kes jenayah syariah yang telah di selesaikan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. (Bahan dan kaedah yang dilakukan)
Hasil dariapada kajian yang telah dijalankan di dapati tidak terdapat peruntukkan yang spesifik bagi menguatkuasakan jenayah-jenayah syariah ini dan peruntukkan spesifik hanya ada Enekmen Jenayah Syariah 1992 di wujudkan, tetapi penguatkuasaan yang dilakukan tidak dijalankan mengikut peruntukkan yang telah sedia ada. (dapatan kajian dan kesimpulan)
PENDAHULUAN
Pendahuluan ini merupakan perkara yang paling penting kerana pendahuluan ini menggambarkan keseluruhan kajian kita. Ini bukan sahaja kepada Jurnal ilmiah sahaja, termasuk kepada tesis, assignment atau apa sahaja bahan ilmiah yang lain yang menjadi kajian kepada topik yang kita telah pilih.
Pendahuluan yang baik akan menjawab perkara perkara-perkara berikut:-
1) Mengapa kajian dilakukan
2) Setakat mana kefahaman tentang bidang ini sekarang
3) Apa permasalahan yang masih ada setakat pemahaman yang ada sekarang
4) Apa hipotesis anda sehingga mendorong kajian dilakukan
5) Apa yang ingin dibuktikan dan ditunjukkan kepada pembaca
BAHAN DAN KAEDAH
Untuk bahan dan kaedah ini mesti mengandungi bagaimana metod kajian ini dilakukan atau teori yang bagaimana kita susun dalam kertas kerje kita. Metod kajian ini terdapat pelbagai cara. Sekiranya kita inginkan bahan kajian kita dikaji secara Qualitative Approach maka kaedah temubual responden, pembacaan berdasarkan data yang sedia ada, bahan bacaan dan sebagainya hendaklah dilakukan. Manakala Quantitative Approach pula dilakukan secara soal selidik melalui borang soal selidik atau bancian dan kemudiannya di masukkan ke dalam penulisan. Secara amnya, kaedah kajian adalah berdasarkan tajuk yang kita buat.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini memuatkan apa yang diukur, disukat dalam kajian yang dilakukan berdasarkan teori yang dikaitkan. Sekiranya kita mempunyai jadual atau rajah maka ianya perlu dimasukkan di sini.
PERBINCANGAN
Ini lebih kepada penemuan dan dapatan kajian yang asli dan hasil kajian kita mesti lebih baik berbanding kajian peneyelidik sebelum ini kerana ini akan menjadi kekuatan jurnal kita. PErnyataan yang menimbulkan keraguan dan salah tanggap hendaklah dielakkan.
KESIMPULAN
Kesimpulan pula hendaklah mengandungi maklumat bahawa kita telah membuktikan hipotesis kita. Iannya mestilah ringkas. Kesimpulan mestilah berkesinambungan dengan permasalhan yang wujud.
= Kesemua perkara yang disebutkan di atas tadi adalah merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan sesebuah jurnal. Tetapi sebelum Jurnal dibuat, literature review perlu dilakukan. Sekiranya terdapat penulisan yang sama dengan kajian jurnal yang dilakukan jika ianya telah sampai kepada pengetahuan pakar yang ditugaskan untuk menilai kajian kita sebelum ianya di edit dan disunting untuk tujuan penerbitan.

hari-hari yang sedih

mmm xde apa yang nak aku ungkapkan bulan nie..setiap hari aku lalui dengan kesedihan..tatkala aku menatap wajahmu, ku rasakan dunia ini bakal menjadi sepi. Tapi apakan daya, kugagahi juga perjalanan hidup ni tanpamu. Sehari lagi aku akan dimiliki yang lain. Engkau bakal ku tinggalkan. Aku terpaksa sayang. Sepanjang hidupku bersamamu, ku tahu kita telah mengharungi hidup ini bersama. Segala susah senang,pahit ranjau, onak duri kita bersama-sama menghadapinya. Namun sayangku, pertelingkahan antara engkau dan aku yang hebat sebanyak 2 kali ini tak dapat aku lupakan. Banyak wangku habis hanya kerana untukmu sayang. Tapi..engkau masih tidak memahaminya betapa susah payahnya aku ingin membetulkan keadaan engkau hingga aku terpaksa menghadap Balai Polis seorang diri semata-mata kerana engkau sayang. Selepas itu satu demi satu lagi pergeseran berlaku kepada engkau. Pening kepala aku memikirkan engkau sayang.

Tanggal bulan 4/2009 sekali lagi aku terpaksa melangkah kaki ini ke Balai Polis. MMphhh...arghhh sayang..kenapa perkara ini harus berlaku kepada engkau...apakah salahku sayang hingga engkau buat begini. Sekali lagi aku pasrah. Aku redha dengan apa yang berlaku. Tapi kali ini, tk mungkin aku akan berhabis wang ringgit untukmu lagi. Cukuplah sayang. Semua yang terjadi kepada engkau cukup membuatkan ku rasa tersepit dalam keadaan. Melepaskanmu adalah amat sayang., tidak melepaskanmu hidupku bakal menjadi lebih tragis. Sampai bilakah kita harus hidup begini. Perlukah aku menghadapi Balai Polis sekali lagi? ...dan lagi..dan lagi...

Sepanjang perjalanan antara engkau dan aku, aku sentiasa bersabar dengan kerenahmu. Maintenancemu kujaga dengan baik. Apa lagi sayang?..Kenapa suma ini terjadi. Selepas peristiwa bulan April itu, aku semakin tawar hati denganmu sayang. Sepanjang itu wajahmu ku tatap dengan agak lama. Telah lama kufikirkan. Kali ini sayang, aku terpaksa melepaskan engkau pergi. Sayang seribu kali sayang....engkau bukan milikku selamanya..

Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempap gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi
AduhaiTak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata

Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yang manakah
Selamanya kan sabar

Petang semalam untuk kali terakhirnya sayang..aku menggilap tubuhmu yang munggil itu.. setiap kali aku menyentuh badanmu ...ohh... isk isk.....sedihnya hatiku..pilunya hatiku....kau bakal pergi jauh dari hatiku......tiap sentuhanmu dan sentuhanku oooh.....pilunya....

Sayang...aku akan mengingatimu segala kenangan kita bersama. Cukuplah sayang hampir 3 tahun aku menjaga mu dengan penuh kasih sayang..dan kau telah berjanji denganku pada kali pertama kau menjadi milikku...tp apakan daya...pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku antara kau dan aku semakin kerap...maafkan aku sayang...maafkan aku...



Disinilah sayang....disinilah selalu aku memegangmu...mmphh.. :(.....selepas ini tak dapat lagi aku menyentuhmu dengan penuh kasih sayang...sayang...


Hingga kedinihari aku membersihkan tubuhmu yang kecil molek ini sayang......

isk isk isk..iskk..maafkan aku..maafkan akuu.......

Maafkan aku sayang...maafkan aku....aku terpaksa melepaskan engkau kepada yang lain..orang yang lebih berhak ke atas engkau sayang.....kerana hatiku telah termiliki yang lain...... MAAFKAN AKUUU.....isk isk isk.... kudoakan engkau bahagia dengan yang lain pada masa akan datang......

MAAFKAN AKU SEKALI LAGI SAYANG......cintaku telah termiliki.........

Tuesday, June 16, 2009

selamat tinggal sayang.....


Lirik Lagu ” Pamit Selamat Tinggal

“Artis ” Broery Marantika “


Ijinkan aku Pergi

Apa Lagi Yang Engkau Tangisi

Semogalah Penggantiku Dapat Lebih Mengerti Hatimu

Memang Berat KurasaMeninggalkan Kasih Yang Kucinta

Namun Bagaimana Lagi

Semuanya Harus Kujalani


Kudoakan Kau Selalu Bahagia

Hanya Pesanku

Jangan Lupa Kirimkan Kabarmu ----(mcm mana ko nk sent khabar...fikir jap)----

Bila Suatu Hari Dia Membuat Kecewa Di Hati

Batin ini Takkan Rela

Mendengarmu Hidup Menderita


Sayang

Walau Kebersamaan Kita Hanya Sesaat

Namun Kau Tetap Bagian Dari Jiwaku

Kuiringi Kepergianmu Dengan Ikhlas Hati

Semoga Kelak Kita Dapat Bersatu Lagi------ (tk nk bersatu lg..hatikutelah dimiliki yg lain)-----



Mesyuarat Pra Keputusan Peperiksaan Akhir Sem...


Daripada pukul 9.oo am sampailah pukul 1.00pm hari ini aku ada mesyuarat pra keputusan peperiksaan akhir semester 2008/2009.Ini merupakan pengalaman yang pertama untuk aku setelah bertukar profession nih. Baru aku tahu macam mana pensyarah-pensyarah aku membuat keputusan dalam menentukan markah pelajar. Sepanjang dekat kolej ni banyak yang aku belajar. Aku sangkakan mengajar ni hanya setakat mengajar dan bagi markah kepada pelajar, tetapi ianya bukanlah as simple as ABC. Sebelum peperiksaan akhir smester mesyuarat di adakan bagi menentukan dan menilai soalan-soalan peperiksaan yang telah dibuat samada berkualiti atau tidak..Ha mesyuarat tu paling lama..daripada pagi sampai pukul 6 pm. Setelah selesai pengubahan soalan dibuat sekiranya perlu barulah soalan tersebut layak di jadikan soalan kertas peperiksaan. Sebaik sahaja peperiksaan pelajar selesai dan kertas ditanda, aku kena hantar keputusan peperiksaan kepada Ketua Jabatan aku dan pemarkahan tersebut hendaklah disertakan dengan jadual carta peratus pelajar yang dapat A - F.
Setelah beberapa perkara selesai, barulah kami ada mesyuarat pra keputusan peperiksaan akhir ini dibuat sebelum mesyuarat sebenar diadakan pada hari Khamis ni 18/06/2009. Banyak betul peringkatnya...tak macam masa aku keje dalam bidang guaman yang lebih simple dan hanya mengadap dokumen2, research utk present before the judges and entertain client.

mmm sesi sarapan..hihihi..borak-boraklah tue...
sesi menilai setiap keputusan pelajar....tgk la slide tu sampai berpinar biji mata...masa ni la kami menilai setiap pelajar. Tugas mengajar ni bukan hanya mengajar, tetapi attitude pelajar samada pelajar tersebut menunjukkna effort untuk belajar juga dilihat bagi membantu pelajar tersebut layak atau tidak mendapat markah bagi setiap mata pelajaran. Disamping itu, bagi pelajar yang bermasalah juga menjadi topik perbincangan bagi membantu pelajar tersebut mencapai keputusan yang sewajarnya. HAhahahha..masa ni aku dh gelak dah..mcm ni la agaknya lecturer aku bg komen pasla aku agaknya masa bljr dulu..hahahha..kalau ingtkan semula..hik hik hik..mesti teruk komen2 lecturer aku....kah kah kah...ha baru tahu....


mmm..ini antara slide yang dilihatlah...kekeke...akhirnya dah pukul 1pm...yeeehaaa...dah habis ....boleh la balik ke bilik masing2 untuk sesi lepak...kekek ye ke..?..tk lah sesi buat keje apa yg patut..maklumlah awal July student dah mula register dan kelas bermula...mmm..aku pun sama kena prepare notes untuk student....huhuhuhu isk isk..pen drive aku tk leh pakai lg...n suma dta ahncurrrrr..................aku kena buat yg baru notes...tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

Bubur Cacha.....


Bubur Cacha
Weekend ni kita buat bubur cacha...mmm durian banyak lagi nih...hik hik tk buat nnti sayang..so aku buat la bubur cacha durian...hik hik hik mcm2 bubuh...jom tgk apa benda la yang nk dimasukkan dalam bubur cacha nih....






Untuk bubur ni..aku akan letakkan juga susu cair dan bukannya santan..nk letak santan pun sikit jer kot... n daun pandan untuk haruman satu rumah...hahahaha


Kemudian, biji sagu atau mata ikan..ikut suka la nk panggil apa pun janji biji sagu bulat2 warna putih dan kembang bila masak..hik hik..dan jangan lupa tu ulat2 hijau, kuning dgn pink tuh..hihihihi..nak panggil ni apa yer....korang ada idea apa nama ulat2 nih...hik hik hik


Ramuan campuran yang terakhir adalah keledek dan jagung...mm slurppp sedapnya ada jagung...letak jagung barulah ada rasa manis2 sikit...kan kan kan.... dan mcm biasa..buat la bubur ni..suma orang tahu..sebab benda ni simple..tk yah pening2...campak2 jer dlm periuk..hik hik hik...gula lak aku ikut sesedap rasa jer supaay bubur cacha ni tk manis..maklum lah..zman skrg ni byk penyakit....kurang kan manis yer dlm makanan......hihhiihi....apa pun satu periuk sederhana besar tu habis gak hik hik..sbb kurang manis..suma orang boleh mkn...yg nk manis tu sila lah ambik gula tambah sendiri yer....kah kah kah..sebelum mkn bg tekanan dulu...hik hik hik....

KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN!!!





Monday, June 15, 2009

Jom kita masuk dapurr....


MMM...hihihi...ptg Jumaat kita dah pegi dusun durian..durian pun dah beli..so nk buat apa dengan durian ni yer...hihihi mmmm..apa yer...apa kata kita buat minum petang roti jala..roti jala dimakan bersama dengan pengat durian nih...kalau dekat Melaka panggil pengat durian atau boleh gak panggil air gula durian....hehehe
Rasanya semua orang tahu buat roti jala dan cara-cara buatnya kan....aku nak ambil gambar cara-cara penyediaannya tu sebab aku sorang-sorang..so tk yah lah susah nk tangkap gmbr..leceh plak...hihihi..so aku bagitau je la yer bahan-bahannya. Ini kepada sesiapa yang tk tahu la..sapa yang tahu tu ok kot....hik hik hik. Bahan-bahannya adalah:-
600gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit minyak (bubuh la sedudu jer supaya tk melekat sgt dkt kuali. siapa yang ada non-stick kuali tu tk yah la nooo..)
telur sebiji
kalau suka roti jala tu warna kuning bubuh la kunyit kalau tk suka nk kaler hijau buatlah air daun pandan dan letak sikit pewarna hijau..sikitt jer tauu!!...
tapi..apa yang paling penting...heheheh tu acuan roti jala yang banyak lubang2 tuh .. hihih tanpa tu tk jadi la roti jala nnti jadi kuih ketayap plak..kekekek..
Setelah berdiri dengan gagahnya dkt tepi dapur..hahaha..dapatla hasil roti jala aku yang ini...


Ini la roti jala yang dapat dihasilkan oleh aku daripada pukul 10am berdiri kekekek.....Okay sekarang ni kita buat plak pengat durian..mmmm yang ni lagi senang kot..nk tunjuk gak ker?..rasanya tk yah la kan..suma orang tahu buat...budak sekolah darjah 6 pun tahu....hihihi tp pengat durian aku tk suka bubuh santan..aku suka susu carnation yang cair tuh..santan tu bubuh sikit jer...pengat ni aku tk letak pun gula pasir sbb ye la kena kurang kan gula..zaman sekarang ni kan sana sini kencing manis..so kurangkn pengambilan gula...jadi kau letak jer gula merah..tu jer...so jadi rasanya manis2 buah jer...dn tk lemak sangat...hik ihk hik


Ha..dah siap.....boleh lah mkn...tp aku letak dalam mangkuk tingkat..nak bawa gi rumah wan...



Kah kah kah tetiba ja masukkan gambr nih..apa la aku nih..dah tk de keje bebenor la nih...hahaha....giler....kekeke...sabtu ni kita mkn nasi ayam yer....mm dah lama tk masak nasi ayam....

Akhirnya dah siap-siap sumanya...ha..dah boleh bawa gi rumah wan antarkan makanan. mmm..saja je pun....saja datang jalan-jalan gi rumah wan..sambil tu bawakan lah makanan nih...hehehe.... ini la aktiviti aku ni sejak duk kampung....mcm2 nak buat..bukan ada orang mkn pun...tp aku buat jer..buat lebih sedekah je dkt jiran2....hik hik..tp weekend adik beradik balik...hihihi..tk la bazir....adagak org makan..kui kui...

Sunday, June 14, 2009

melawat dusun duriannn....




Petang Jumaat lepas 12.06.2009 suma lecturer JPP pegi ke Dusun Durian dkt belakang kolej..hehehe...aku pun apa lagi tk nk lepaskan peluang ni...blm penah pg dusun durian...kekek nak lah tgk mcm mana la rupanya dusun durian ni..aku pegi sana bukan nak mkn pun..hihihi..just nk tgk and ambil gambar je...sekarang ni dah jadi antu gambar dah..hik hik hik..jom kita pegi ke dusun duriannnnnnnnn......
Durian Gred 101
bila sampai dkt situ...wahhhh banyaknya durian...slurpp...hihihi mcm la aku makan durian...diaorg suma turun jer dr van terus pg dekat raga durian....hihih mula2 tu memalu plak nk mkn..hehehe....tgk tuh mmm....jari minah mana lah tu yer..tgh ambik durian...malu2 lak...kekeke.......hihi...sesi makan duriannnnn

wahhh....cewah cewah...Mr. Poh tgh membahagikan durian...huhuhu...hamzah tk sbr2 tu tgk durian...kekeke..nk makan ea ..ha apa lg makannnnnnnn...mkn puas2 bior panas...
sesi menimbang durian nk bawa balik..sapa yg nak beli tu leh ler beli....mm byk gak tuh...boleh kata setiap org beli..termasuk aku...hik hik..aku beli 3 biji jer...tkde sapa nk mkn durian...paling habis pun buat masak2 jer....hahaha tgk tu syidah...hahah sory syidah nk gak masukkan gmbar awak dlm blog kita..gambar awk nmpk cute sgt2....hihihi awek tuh...



dah timbang-timbang berkati-kati..kitaorang pun balik la beramai-ramai...hihihi..seronok gak gi dusun durian nih..experience baru dalam hidup...ha.. sapa duk depan gi buka gate..bukak cepat!!!...



Ini antara pemandangan balik dr dusun durian...mmm cantikkan?...teka apa ni?...aku tk penah tgk langsung pokok ni rupanya ini pokok serai wangi yang ditanam secara komersial..byk...nun indah saujana mata memandang...nyaman jer tgk.....

Ini pun antara pemandangan yang cantik gak yang sempat aku tangkap dalm van..lawa je..rasa mcm dlm channel geographic jer...mcm dkt kawasan rumput africa selatan....hehehe ni ladang lembu lah...ladang kambing ada gak..tp tk sempat nk tangkap..van gerak laju dahhh.....hihih..Encik Syed ni drive laju sangat..kalau tk leh bubuh gambar dalam nih....

Seronokkan?!!..pengalaman baru masuk dusun durian...seumur hidup tk pernah masuk...dh usia 28 tahun ni baru la merasa masuk dusun...hik hik..apa pun pengalamn yang menarik...dekat dusun tu bukan je ada durian je..ada rambutan, manggis, dragon fruit, mcm-mcm lagi lah yang ada...tp pokok utama yang banyak tanam DURIANNNN.....