Thursday, June 18, 2009

Mari belajar menulis Journal!!!!

Pada 8 -10 hb. Jun 2009, aku telah menghadiri 'Kursus Pengurusan Dan Penulisan Jurnal Ilmiah' di Kolej ini. Pengalaman menghadiri bengkel tersebut amat bermakna buatku kerana dunia penulisan ilmiah ini merupakan cita-citaku sejak dulu lagi. Pada mulanya aku keberatan hendak berkongsi pengalaman dan kaedah-kaedah penulisan jurnal ilmiah ini, tetapi atas permintaan HP Scanner yang ingin mengetahui serba sedikit tentang pengalaman aku ini jadi dengan sukacitanya aku ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang aku ada ini. Untuk menghadiri kursus ini adalah sangat-sangat mahal dan aku sendiri mengakuinya. Ini adalah kerana setiap penceramah tersebut adalah bukan dari calang-calang orang. Semuanya adalah terdiri daripada Professor-Professor yang sangat-sangat berpengalaman dalam bidang ini. Supaya penulisan aku ini tidak meleret-leret, apakata kita mulakan sekarang.
Untuk pengetahuan rakan-rakan terutama HP yang asyik ngutuk-ngutuk aku...kehkehkeh..... sebenarnya untuk menulis Jurnal ini bukan satu perkara yang mudah. Penulisan ini memerlukan masa, tenaga,penyediaan mental dan yang paling penting wang. Penulisan Jurnal bukan seperti penulisan buku atau penulisan majalah dan surat khabar. Penulisan untuk bahan-bahan tersebut tidak memerlukan kajian yang terperinci. Ianya boleh ditulis berdasarkan idea yang terlintas atau pemerhatian biasa tanpa melakukan sebarang kajian. Terus terang aku katakan, penulisan Jurnal ini tidak membosankan malah apabila kita mendapat keputusan hasil kajian kita, kita akan dapat merasakan satu kepuasan. Penulisan tesis dan artikel boleh juga diadaptasikan kepada Jurnal tetapi beberapa perubahan hendaklah dilakukan.
Bagi menghasilkan Jurnal Ilmiah ini selain daripada melakukan kajian, hasil kandungan hendaklah asli tanpa adanya sebarang penampalan atau meniru daripada mana-mana artikel yang lain.
Apakah format Umum bagi menghasilkan Jurnal Ilmiah ini? Mari kita lihat :-
1) Tajuk
2) Nama Pengarang(nama kita lah)
3) Institusi/ Alamat
4) Pendahuluan
5) Bahan dan Kaedah
6) Dapatan Kajian
7) Perbincangan
8) Kesimpulan
9) Penghargaan
10) Senarai rujukan
TAJUK
Untuk tajuk bagi sesebuah Jurnal Ilmiah ini mestilah mempunyai kata kunci dan seharusnya cuba mengelakkan daripada menggunakan perumpamaan. Tajuk yang baik adalah menggunakan jumlah perkataan yang sedikit tetapi cukup untuk menjelaskan kandungan Jurnal tersebut. Tajuk Jurnal juga tidak boleh terlalu pendek hingga mengaburkan dan mengelirukan pembaca. Bukan itu sahaja, tajuk juga mestilah mempunyai ciri-ciri bersandar dan tidak bersandar supaya pembaca lebih memahami dan mempunyai idea kajian apakah yang sedang kita cuba kaji. Bagaimana dikatakan bersandar dan tidak bersandar?
Contoh
(1) (2)
Perlakuan Tidak Bermoral : Peruntukkan dan Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam Di Negeri Melaka.
(2) adalah ayat bersandar kepada (1). (1) ini merupakan ayat tidak bersandar maksudnya boleh berdiri sendiri.
ABSTRAK
Apakah itu Abstrak? Pentingkah abstrak dalam sesebuah penulisan Jurnal itu? Penulisan abstrak ini hendaklah peringkat terkahir sekali selepas selesai sesebuah kajian itu dan telah mendapat keputusan hasil dariapda kajian yang dilakukan tersebut. Abstrak ini sebenarnya menceritakan keseluruhan kajian yang dilakukan tersebut. Abstrak mestilah mengandungi:
1) Tujuan Kajian
2) Bahan dan Kaedah yang dilakukan
3) Dapatan Kajian
4) Kesimpulan
Contoh
Perlakuan tidak bermoral dalam kajian ini adalah merujuk kepada melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan, menghina atau menyebabkan di pandang hina dalam agama Islam samada secara lisan atau bertulis, mempersendakan agama Islam, mempersendakan ayat Quran, tidak menghormati bulan Ramdhan dengan makan, minum atau menghisap rokok, menghasut orang lain supaya mengabaikan tanggungjawab sebagai penganut agama Islam, berjudi, minum minuman yang memabukkan, lelaki berlagak seperti perempuan dan melakukan perbuatan yang tidak sopan dikhalayak ramai. (PEndahuluan untuk pengertian kelakuan tidak bermoral)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan kelakuan tidak bermoral serta mengkaji dan meneliti apakah terdapat peruntukkan yang telah wujud di Negeri Melaka dan adakah penguatkuasaan telah dilakukan selaras dengan peruntukkan yang ada (jika ada). (Tujuan kajian)
Kajian ini menggunakan berbagai metod pengumpulan data seperti temubual, penelitian rekod dairpada Jabatan Agama Islam setiap daerah Melaka bermula dari tahun 2005 hingga 2009, penelitian pembacaan dariadpa buku-buku berkaitan dan kes-kes jenayah syariah yang telah di selesaikan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. (Bahan dan kaedah yang dilakukan)
Hasil dariapada kajian yang telah dijalankan di dapati tidak terdapat peruntukkan yang spesifik bagi menguatkuasakan jenayah-jenayah syariah ini dan peruntukkan spesifik hanya ada Enekmen Jenayah Syariah 1992 di wujudkan, tetapi penguatkuasaan yang dilakukan tidak dijalankan mengikut peruntukkan yang telah sedia ada. (dapatan kajian dan kesimpulan)
PENDAHULUAN
Pendahuluan ini merupakan perkara yang paling penting kerana pendahuluan ini menggambarkan keseluruhan kajian kita. Ini bukan sahaja kepada Jurnal ilmiah sahaja, termasuk kepada tesis, assignment atau apa sahaja bahan ilmiah yang lain yang menjadi kajian kepada topik yang kita telah pilih.
Pendahuluan yang baik akan menjawab perkara perkara-perkara berikut:-
1) Mengapa kajian dilakukan
2) Setakat mana kefahaman tentang bidang ini sekarang
3) Apa permasalahan yang masih ada setakat pemahaman yang ada sekarang
4) Apa hipotesis anda sehingga mendorong kajian dilakukan
5) Apa yang ingin dibuktikan dan ditunjukkan kepada pembaca
BAHAN DAN KAEDAH
Untuk bahan dan kaedah ini mesti mengandungi bagaimana metod kajian ini dilakukan atau teori yang bagaimana kita susun dalam kertas kerje kita. Metod kajian ini terdapat pelbagai cara. Sekiranya kita inginkan bahan kajian kita dikaji secara Qualitative Approach maka kaedah temubual responden, pembacaan berdasarkan data yang sedia ada, bahan bacaan dan sebagainya hendaklah dilakukan. Manakala Quantitative Approach pula dilakukan secara soal selidik melalui borang soal selidik atau bancian dan kemudiannya di masukkan ke dalam penulisan. Secara amnya, kaedah kajian adalah berdasarkan tajuk yang kita buat.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini memuatkan apa yang diukur, disukat dalam kajian yang dilakukan berdasarkan teori yang dikaitkan. Sekiranya kita mempunyai jadual atau rajah maka ianya perlu dimasukkan di sini.
PERBINCANGAN
Ini lebih kepada penemuan dan dapatan kajian yang asli dan hasil kajian kita mesti lebih baik berbanding kajian peneyelidik sebelum ini kerana ini akan menjadi kekuatan jurnal kita. PErnyataan yang menimbulkan keraguan dan salah tanggap hendaklah dielakkan.
KESIMPULAN
Kesimpulan pula hendaklah mengandungi maklumat bahawa kita telah membuktikan hipotesis kita. Iannya mestilah ringkas. Kesimpulan mestilah berkesinambungan dengan permasalhan yang wujud.
= Kesemua perkara yang disebutkan di atas tadi adalah merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan sesebuah jurnal. Tetapi sebelum Jurnal dibuat, literature review perlu dilakukan. Sekiranya terdapat penulisan yang sama dengan kajian jurnal yang dilakukan jika ianya telah sampai kepada pengetahuan pakar yang ditugaskan untuk menilai kajian kita sebelum ianya di edit dan disunting untuk tujuan penerbitan.