Tuesday, June 2, 2009

...alhamdulillah...

mmm...alhamdulillah..tahun 2009 ni penuh dgn berita gembira... walaupun pada mulanya tk memberansangkan..tp alhamdulillah..jika kita sentiasa berdoa..Allah akan bantu kita dan memberi ruang utk kita...
mmm hari ni dpt berita gembira dr UKM...ihihhi..dr supervisor aku..mmmphh hihihi...gembira dengar berita dr dia...minggu depan aku naik lg ke UKM .... alhamdulillah...
setiap bulan utk tahun 2009 ni ada saja jer ruang2 lega dan ketenangan yang Allah bg aku... berperingkat peringkat ruang lega diberikan olehNya pada aku.. walaupun kadang2 tk tercapai akal fikiran aku ada ruang lega....
Insyallah, aku akan menapak setapak demi setapak untuk masa depan aku dan org-org yang aku syg....biarlah bertatih dr bwh asalkan aku dpt capai puncak..pelan2 la aku bertatih.."biarpun jalan itu masih panjang, aku akan merintisnya perlahan-lahan"... apa yang pentingg...berdoa dan doa dan doa....
Mcm dalam mutiara kata ni " Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"
Mutiara kata yang paling aku suka dan yang menjadi kegemaran aku bila kita jatuh kita bangkit semula..itu mutiara kata paling aku suka mcm ayat yg ni aku dpt "Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali".... kata-kata tu menjadikan aku semangat untuk aku meneruskan langkah aku dan cita-cita aku..walaupun ianya tk sehebat orang lain..tp bg aku ianya adalah sesuatu yg hebat buat aku....
Kepada semua org yang aku syg.... kerana org-org yg aku syg ini dan tiap kata-kata semangat yg mereka berikan aku mampu berdiri walaupun ada kalanya aku jatuh..
Ntah kenapa hari ni aku rasa gembira dan tenang sangat..kerana langkah ku telah semakin hampir dengan apa yang aku inginkan...biarlah org mengata aku dr belakang tp aku tetap akan kedepan...
Seperti kata-kata ini yang aku abadikan dalam hati dan menjadi tatapan aku tiap hari...
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga"