Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat Pra Keputusan Peperiksaan Akhir Sem...


Daripada pukul 9.oo am sampailah pukul 1.00pm hari ini aku ada mesyuarat pra keputusan peperiksaan akhir semester 2008/2009.Ini merupakan pengalaman yang pertama untuk aku setelah bertukar profession nih. Baru aku tahu macam mana pensyarah-pensyarah aku membuat keputusan dalam menentukan markah pelajar. Sepanjang dekat kolej ni banyak yang aku belajar. Aku sangkakan mengajar ni hanya setakat mengajar dan bagi markah kepada pelajar, tetapi ianya bukanlah as simple as ABC. Sebelum peperiksaan akhir smester mesyuarat di adakan bagi menentukan dan menilai soalan-soalan peperiksaan yang telah dibuat samada berkualiti atau tidak..Ha mesyuarat tu paling lama..daripada pagi sampai pukul 6 pm. Setelah selesai pengubahan soalan dibuat sekiranya perlu barulah soalan tersebut layak di jadikan soalan kertas peperiksaan. Sebaik sahaja peperiksaan pelajar selesai dan kertas ditanda, aku kena hantar keputusan peperiksaan kepada Ketua Jabatan aku dan pemarkahan tersebut hendaklah disertakan dengan jadual carta peratus pelajar yang dapat A - F.
Setelah beberapa perkara selesai, barulah kami ada mesyuarat pra keputusan peperiksaan akhir ini dibuat sebelum mesyuarat sebenar diadakan pada hari Khamis ni 18/06/2009. Banyak betul peringkatnya...tak macam masa aku keje dalam bidang guaman yang lebih simple dan hanya mengadap dokumen2, research utk present before the judges and entertain client.

mmm sesi sarapan..hihihi..borak-boraklah tue...
sesi menilai setiap keputusan pelajar....tgk la slide tu sampai berpinar biji mata...masa ni la kami menilai setiap pelajar. Tugas mengajar ni bukan hanya mengajar, tetapi attitude pelajar samada pelajar tersebut menunjukkna effort untuk belajar juga dilihat bagi membantu pelajar tersebut layak atau tidak mendapat markah bagi setiap mata pelajaran. Disamping itu, bagi pelajar yang bermasalah juga menjadi topik perbincangan bagi membantu pelajar tersebut mencapai keputusan yang sewajarnya. HAhahahha..masa ni aku dh gelak dah..mcm ni la agaknya lecturer aku bg komen pasla aku agaknya masa bljr dulu..hahahha..kalau ingtkan semula..hik hik hik..mesti teruk komen2 lecturer aku....kah kah kah...ha baru tahu....


mmm..ini antara slide yang dilihatlah...kekeke...akhirnya dah pukul 1pm...yeeehaaa...dah habis ....boleh la balik ke bilik masing2 untuk sesi lepak...kekek ye ke..?..tk lah sesi buat keje apa yg patut..maklumlah awal July student dah mula register dan kelas bermula...mmm..aku pun sama kena prepare notes untuk student....huhuhuhu isk isk..pen drive aku tk leh pakai lg...n suma dta ahncurrrrr..................aku kena buat yg baru notes...tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!